Followers

Saturday, March 10, 2012

PESAN ORANGORANG TUA ...

assalamualaikum

kau , aku , kita selalu ingat pesan orang tua tua kan ?
kau jangan tipu cakap tak , kau penah dengar nie :

orang tua tua cakap jangan duduk atas bantal nanti bontot bisul 
apadahal laa makcik tua ni nak cakap cenggitu  makcik ..
bantal yang budak tu duduk bersih lah makcik takda kuman punya , siap sembur febrezze 99% menghilangkan bakteria
jangan kata bisul , jerawat nak tumbuh pun dia tahu dia tak boleh survive

tulahh asik duk dengar pesan orang tua tua meh sini kita dengar pesan orang tak berapa nak tua ,
ini serious , diorang memang tak berapa nak tua
alaaa sebaya kita kita jee ,
tapi yang aku tahu diorang HEBAT ! kira lejen gak aa nie :)

 Syaifusyafiq Shaifuddin

"Kejahatan yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada
 kebaikan yang menyebabkan engkau takbur"
UBAT oh UBAT
♥ ubat cinta adalah pernikahan
♥ ubat kemarahan adalah wudhu
♥ ubat ketidaksenangan hati adalah selawat ke atasNYA dan kekasihNYA
♥ ubat kepapaan adalah sedekah
♥ ubat nafsu adalah puasa
♥ ubat putus asa adalah do'a
 ''Sesuatu yg di impikan tidak selalunye menjadi kenyataan,
tetapi apa yang tak diduge selalu berlaku dengan tibatiba,
biarlah kite menangis hari ini kerana kepahitan semalam,
tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti kekal selamanya.''
Edi Rozaidi

''Sekarang ini umat Islam mengalami masalah perpecahan umat. Termasuklah di kalangan orang mukmin yang dengki antara satu sama lain. Boleh rujuk bahtera penyelamat. Oleh itu, kita kena mengambil sikap selidik dan tanya pada orang yang sepatutnya. Bukan terus menembak dan menghamburkan kata-kata kesat. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jika buat baik, dianggap biasa. Bila nampak macam buat salah, tanpa usul periksa terus tuduh melulu. Alasan yg diberikan, "oh, dunia nak kiamat. Nak buat macam mana". Ingatlah, jangan tuduh sebarangan, soal pada orang yang sepatutnya. Umat Islam ditentang oleh orang kafir, itu pun tinggal nyawa-nyawa ikan. Ini ditambah pula oleh orang mukmin yang dengki serta orang munafik. Sentiasalah bersangka baik. Jangan cakap GEBANG tapi diri sendiri tidak menunjukkan usaha ke arah pembangunan Islam. Bersatu teguh, bercerai roboh. Fikirkanlah.''

''Mereka yang bijak akan berfikir
Meraka yang lapar akan makan
Mereka yang malas akan jauh dari kerjanya 
Motivasi diri supaya hilang sifat negatif !
oh , OPTIMIS !!'' 

'' Kadang kala aku mengeluh kerana tidak puyai kasut .
Tetapi aku lupa bahawa ada yang mampu tersenyum mesra meskipun dia tidak punyai kaki ''
''Manusia ini kadang-kala kelakar kerana mudah lupa diri. Bila terbuat sekali kejahatan seribu kebaikan hilang. Bangga dan sombong diri yang amat sehinggakan lupa ada yang Maha Esa. Ingin kejar dunia sehingga banyak perkara lain yang terabai. Banyak memberi alasan untuk menutup kelemahan tetapi bukan untuk muhasabah tapi untuk bukti dia kuat. Ingat satu sahaja, Kejar dunia, dunia lari. Tapi bila kejar akhirat, dunia yang akan kejar kita balik! Hidup tidak lama untuk berseronok sahaja. Manfaatkanlah!''
*tidak terniat langsung dihati untuk aku mengenepikan yang lain , aku tahu ramai orang boleh memberi nasihat tetapi ramai orang juga yang tidak boleh menerima nasihat sesetengah orang. Namun mereka ada yang apa yang orang lain takde , aku tak tahu apa . mungkin personalilti mereka yang sempoi , happening membuatkan aku tertarik , fokus atau amik serious apa segala bagai yang diorang post. aku suka memerhati dalam diam , kadang kala ada sesetengah orang yang berkongsi ilmu hanya untuk mempromosikan diri yakni dalam bahasa kasar berlagak lah , keje nak banned orang lain. ramai dah orang macam ni aku jumpa , banyak sangat . semakin banyak sehingga kusut kepala otak aku lebih teruk daripada membela kutu sekampung. tekan lah link facebook diorang tuu , kaut segala ilmu yang dicurahkan .  
mereka best ! :D
 

 
 
 

 






2 comments: