assalamualaikum
ketukan di hati menjengah mengatakan rindunya menjelma
bahasanya lunak merdu menyampaikan rindu membuat aku terbuai
terbuai yang panjang diulit mimpi yang berpanjangan
hampir aku lalai tapi aku yakin aku masih dilandasan yang benar
rindu masih mengetuk pintu hati tanpa henti
ingin aku buka dan katakan ,
betapa banyak engkau merindu ingat bahawa kasih kita sentiasa ada
jangan gundah kerna rindumu itu hanya akan membuat gusar didada
teruskan hidup kerna aku sentiasa tahu engkau merindu
yakinkan dirimu aku masih teguh setia pada yang satu
tiada guna berucap sayang hanya pada nama sayang
ingatlah hati telah mengerti apa ertinya tautan cinta
biar ia indah menjadi rahasia berdua
tapi ingat ia juga indah bila dunia mendoakan kita
panjatkan ia tanpa henti
kerna aku tahu Dia mengerti ini cinta sejati
#ketukan hati mejadi puisi tidak setanding hebatnya cinta Illahi
*for mr theodore*
yang benar,
eleanor :)
@tityfairy
No comments:
Post a Comment